Categories
Uncategorized

Rancak CaltexGo!

Setelah kian lama ditunggu, akhirnya CaltexGo menjejak kaki ke kawasan Utara!

Pada hari yang pertama aplikasi CaltexGo dilancarkan (soft launch) di kawasan utara Malaysia, pasukan runcit kami telah turun padang ke 13 stesen terpilih di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang untuk memerhatikan respon para Rakan Niaga sekalian. Seperti biasa, setiap kali sesuatu aktiviti atau program baru diperkenalkan, Rakan Niaga kami perlukan panduan dan latihan yang secukupnya untuk menguasai mekanisma-mekanisma yang ditetapkan oleh pihak Chevron. Objektif kami melawat ke stesen adalah untuk menggalakkan penggunaan CaltexGo dan mengumpul ulasan-ulasan penggunaan CaltexGo oleh pihak stesen.

Di stesen, pertama sekali, RBC kami memastikan semua pekerja termasuk Rakan Niaga, Pengurus Stesen, Juruwang dan CSR memuat turun aplikasi CaltexGo dalam telefon bimbit masing-masing, diikuti dengan pendaftaran akaun, pendaftaran BCard dan kad kredit/debit. Sebagai wakil pemasar Caltex yang akan menjadi peneraju utama dalam penggunaan CaltexGo, para pekerja di stesen mestilah memainkan peranan sendiri, iaitu memahami cara penggunaan aplikasi CaltexGo.

 

 

Pada permulaannya, memang menjadi cabaran bagi ramai Rakan Niaga dan para pekerja sekalian. Kekangan-kekangan yang dihadapi termasuklah masalah teknikal aplikasi, gangguan liputan internet, keengganan pelanggan untuk mengenali CaltexGo, dan sebagainya. Pasukan kami terus memberikan bantuan dan kerja koordinasi yang diperlukan oleh para Rakan Niaga sekalian, dengan sokongan dari pasukan Chevron.

Kami teruskan pantauan yang berterusan di stesen-stesen rangkaian Pen Petroleum pada minggu-minggu yang seterusnya. Kami turut tetapkan matlamat ‘5 transaksi sehari’ bagi setiap stesen pada peringkat awal untuk menggalakkan penggunaan CaltexGo. Setelah 1 bulan pelancaran CaltexGo, kami dapati bahawa Rakan Niaga kami semakin aktif mempromosikan CaltexGo kepada para pelanggan.

Pasukan kami juga sedang merancangkan program sampingan CaltexGo yang akan dimulakan pada masa terdekat ini. Ianya pasti akan meriuhkan lagi suasana di sekitar stesen-stesen Caltex kami di kawasan Utara…

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *