#KitaKanJiran
Ini adalah tahun ketiga Pen Petroleum menganjurkan Program Agihan Bubur Lambuk pada bulan Ramadhan. Seperti tahun-tahun yang lepas, program ini disambut baik oleh para Rakan Niaga tanpa mengira bangsa dan agama.
Objektif agihan bubur lambuk adalah untuk menjangkau kepada komuniti tempatan. Program ini merupakan salah satu saluran untuk menunjukkan tanda penghargaan terhadap para pelanggan Caltex kami. #KitaKanJiran
Sebanyak 19 stesen dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Pahang telah mengambil bahagian dalam program agihan bubur lambuk ini. Pihak Rakan Niaga akan menyediakan bubur lambuk manakala pihak Pen Petroleum akan menajakan barangan-barangan percuma untuk dihadiahkan kepada pelanggan.
Tahun ini, program bubur lambuk dimeriahkan lagi dengan penglibatan aplikasi CaltexGO. Selaras dengan program nasional CaltexGO Cashback, mana-mana pelanggan yang memuat turun aplikasi CaltexGO dan belanja RM20 dengan CaltexGO di stesen, mereka akan menerima satu beg hadiah yang mengandungi bubur lambuk, minuman dan snek tajaan para vendor Xpress Point seperti Sunkist, Wonda dan kaw-kaw.
Di samping itu, pihak Chevron turut memberi sokongan penuh dengan menajakan edisi Batmobile terbaru dan Kad Journey (pra-kredit) untuk edaran percuma selaras dengan program agihan bubur lambuk ini. Perkara ini telah banyak menaikkan semangat Rakan Niaga kami. Terima kasih tidak terhingga daripada pihak Pen.
Dalam sebulan ini, stesen-stesen yang terlibat telah merekodkan 483 muat turun dan transaksi pertama CaltexGo, disertai dengan pendaftaran Kad Journey sebanyak 884 keping. Syabas dan tahniah!
Pihak Pen Petroleum mengambil kesempatan untuk mengucapkan sekalung-kalung tingginya terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga legasi yang amat bermakna ini dapat lagi disambungkan pada tahun-tahun yang akan datang.