Categories
caltex

Bersatu Kita Teguh

[vc_row][vc_column][vc_column_text]

Pengarang: Mohd Khairil Bin Jamal bagi pihak Retail Team, Pen Petroleum

Apabila PKP diumumkan, pihak pengurusan kami telah mengambil keputusan untuk mengehadkan pergerakan kami atas sebab keselamatan. Bagi kami, ‘work from home’ memang satu cabaran besar kerana kerja kami biasanya melibatkan lawatan fizikal ke stesen-stesen di bawah seliaan kami. (Tahap cabaran itu berganda sekiranya anda adalah ketua rumah, yang boleh sakit kepala kronik apabila diamanahkan untuk memenuhi senarai groceri shopping si isteri!).

Melihatkan keadaan yang begitu kritikal, walaupun adanya had pergerakan, pihak pengurusan PenPec telah membentuk satu ‘Pasukan Rapid Response’ dalaman untuk memberi sokongan yang segera kepada para rakan niaga kami. Pasukan kami dikepalai oleh Saw Mei Yee, Timbalan Pengurus Besar Kumpulan kami.
Pada awal PKP, rakan niaga kami agak panik dan tidak tahu apakah langkah yang perlu diutamakan. Perkara pertama yang kami buat adalah mencari bekalan-bekalan pandemik seperti pelitup muka dan cecair sanitasi. Kami hantar bekalan tersebut kepada semua rakan niaga di seluruh Semenanjung Malaysia melalui kurier dan hantaran tangan. Perkara ini menjadi keutamaan kami kerana kami perlu memastikan bahawa juruwang dan CSR di stesen-stesen kami adalah selamat dan dilindungi di tempat kerja.

Selain itu, kami mengikuti perkembangan dan pengumuman rasmi daripada pihak berkuasa berkenaan seperti KKM, MKN, KPDNHEP dan sebagainya dari semasa ke samasa. Disebabkan informasi amat berlambak di internet, kami cuba tapiskan garis panduan yang betul dan berkenaan sahaja untuk dikongsi dengan rakan niaga kami, supaya ianya senang dirujuk dan dipatuhi.

Barisan penasihat bertauliah kami juga mengeluarkan nasihat kewangan dan sumber manusia yang memfokus kepada program penjana ekonomi kerajaan yang berkaitan dengan perniagaan stesen minyak. Kami percayai bahawa program yang diumumkan oleh pihak kerajaan adalah bermanfaat kepada rakan niaga sekalian kerana ianya boleh mengurangkan kos operasi stesen. Selain itu, kami mengadakan satu seminar digital untuk melatih para rakan niaga kami mengenai cara-cara pengendalian media sosial dan berinteraksi dengan ‘follower’. Sangat penting kita ikuti tren terbaru di pasaran!

Sebelum transit ke PKP-Bersyarat, pasukan kami juga melancarkan Pelan Pemulihan yang dikenali sebagai “Bersih & Selamat Caltexku”. Pelan ini bertujuan untuk memberi panduan kepada rakan niaga untuk membuat persiapan yang asas untuk memulihkan jualan mereka setelah PKP dilonggarkan. Pada mulanya, kami agak was-was sama ada kami boleh kongsikan Pelan ini tanpa berjumpa dengan rakan niaga. Insyaallah, dengan teknologi sedia ada, pasukan kami berjaya menyalurkan Pelan tersebut secara dalam talian kepada 117 rakan niaga dalam masa yang paling singkat.

Dalam pada itu, rakan sekerja saya yang kreatif telah merakam satu video ‘Sejahtera Malaysia’ yang disertai oleh keluarga Caltex PenPec, termasuk pihak pengurusan, staf dan rakan niaga kami. Hasil kerja tersebut banyak menaikkan semangat berjuang dalam kalangan kami di krisis ini.

Bagi pihak Retail Team, ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para rakan niaga yang bersatu-padu dengan kami dalam perjalanan ini. Semoga segala urusan akan datang dipermudahkan.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]