[vc_row][vc_column][vc_column_text]Pada bulan Ramadhan yang mulia tahun ini, rakan niaga kami telah membuat demonstrasi makna Ramadhan yang sebenar – memberi sumbangan kepada orang yang memerlukan di kalangan masyarakat. Rakan niaga kami mengambil inisiatif sendiri untuk melancarkan kempen ‘Kongsi Kebaikan’. Mereka memberikan sumbangan yang bersesuaian dengan keperluan masyarakat setempat kepada pelanggan Caltex, penduduk setempat dan pasukan front-liner tempatan.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_media_grid gap=”2″ grid_id=”vc_gid:1602576464643-4b75f9c5-73e9-6″ include=”383,395,394,393,392,391,390,389,388,387,386,385,384″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Tibanya masa Raya, keadaan pandemik COVID-19 masih belum pulih. Kami terkilan kerana tiada lagi amalan ziarah-menziarahi seperti tahun-tahun yang lalu. Kami tidak dibenarkan untuk bebas melawati ahli-ahli keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan yang kami sayangi untuk menyambut perayaan yang teramat penting ini. Namun, rakan niaga kami mengenepikan emosi sendiri dan mencuba sedaya upaya untuk mewujudkan suasana Raya Aidilfitri di stesen minyak melalui kempen “Jauh Di Mata, Dekat Di Hati”.
Pen Petroleum sungguh bangga dengan rakan niaga kami. Kami telah berkongsi perbuatan baik anda dengan Chevron dan mereka amat terharu dengan usaha dan keikhlasan anda semua. Syabas![/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_media_grid grid_id=”vc_gid:1602576514456-ed36caaf-d4d5-1″ include=”570,571,572,573,574,575″][/vc_column][/vc_row]