[vc_row][vc_column][vc_column_text]Pada 29hb September 2020, Pen Petroleum telah menganjurkan program ‘Jom Bersama-sama’ di Hotel Perdana, Kota Bahru. Ini adalah kali keempat ‘Jom Bersama-sama’ dijalankan di negeri Kelantan. Sesi ini telah dihadiri oleh 28 rakan niaga Caltex Kelantan dalam rangkaian Pen Petroleum dan wakil-wakil Pen Petroleum, iaitu Timbalan Pengurus Kumpulan, Cik Saw Mei Yee dan Pengurus Territory, En. Nor Azman. Turut sertai program ini kali ini adalah tetamu khas dari Chevron Malaysia Limited, En. Chandra, En. Zulhanim, En. Lee Kim Yoong, dan juga En. Francis dari Pengedar Minyak Pelincir Pantai Timur (FML Supply Sdn Bhd).
Pihak Pen Petroleum ingin mengucapkan terima kasih kepada para hadirin kerana sudi meluangkan masa lapang untuk menghadiri perjumpaan yang bermakna ini. Seperti biasa, program ini mendapat sambutan yang meriah daripada para rakan niaga di Kelantan – kami amat bangga kerana kehadiran rakan niaga adalah 100%! Syabas dan tahniah.
Tujuan Jom Bersama-sama adalah untuk menyediakan satu sesi dialog bagi pihak rakan niaga untuk menyalurkan sebarang isu yang dihadapi dalam perniagaan stesen minyak. Pada masa yang sama, Pen Petroleum akan cuba menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan dan memberi cadangan penyelesaian. Isu-isu yang dibincang pada sesi ini agak menyeluruh. Sebagai contoh, rakan niaga membuat pertanyaan mengenai penambahbaikkan imej stesen, pelaburan multi-RORO sites, cara peningkatan daya saing, jualan minyak pelincir, pemasangan MEPS, operasi Xpress Point, kos operasi, dan sebagainya.
Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih kepada rakan niaga di Kelantan yang sentiasa menunjukkan komitmen dan dedikasi yang begitu tinggi. Semoga semua berada di dalam keadaan sihat, terus dilindungi dan dirahmati selalu.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]